Rabu, 28 April 2010

Syair Nasihat

Syair Nasihat ~ Ibnu Ahmad Medan
Inilah suatu kalam dikarang
Ayuhai tuan muda yang garang
Kalam nan bukan sebarang-barang
Tujuannya banyak bukan seorang

Adapun akan di zaman ini
Banyak kulihat tolan ikhwani
Selama hidup sebelum fani
Tidak mengingat Tuhan yang ghani

Dunia dijangka kekal selama
Berbuat dosa sangat ternama
Mencari wang sangat utama
Tidak menurut kata ulama

Ulama disangka bicara kosong
Sebarang kata lalu disongsong
Mencari wang berpesong-pesong
Sangatlah suka berkata bohong

Wang terkumpul diri pun kaya
Takbur dan sombong timbul sebaya
Perintah Tuhan Rabbi yang kaya
Sekali-kali tidak percaya

Kaum kerabat dipandang lata
Bangsa dimiskin jangan dikata
Takdir ia datang meminta
Haram dipandang sebelah mata

Dengarkan tuan suatu ibarat
Keadaan alam timur dan barat
Kuasa Allah punya kudrat
Lautan boleh menjadi darat

Ingatlah wahai emas juita
Fikir, ya fikir di dalam cita
Sungguhpun diri orang berharta
Tuhan jangan dipandang lata

Contoh yang ada bukan sedikit
Gunung tinggi menjadi bukit
Tanahnya runtuh berdikit-dikit
Ibarat badan kena penyakit

Jikalau hasil bagai diperi
Pastilah tuan menyesal diri
Kata terlanjur dahulu hari
Menjadi musuh kanan dan kiri

~ Ibnu Ahmad Medan
Dipetik dari Lidah Benar, 22.12.1931

Rujukan

Bahaya Rokok

Rokok
Kewujudanmu mengubah segala
Setiap pelosok negara kau mendapat tempat
Hadirmu membawa gembira si penghisap rokok
Adakah mereka sedar akan bahayamu

Mereka lupa
Kau pembunuh seperti dadah
Mereka tidak sedar
Kau penyebab penyakit kronik
Kanser, diabetis, jantung, buah pinggang membawa mati

Siapa sangka
Kepulan asapmu yang putih itu
Punyai 4000 bahan kimia berbahaya
Mengundang derita si pembau
Isteri, anak, kawan-kawan menjadi mangsa

Sedarla wahai perokok
Merokok hanyala penderitaan
Kau akan merana dibelenggu penyakit
Hidupmu hanyalah kesakitan

Wahai perokok
Bersihkanlah tubuhmu
Muhasabahlah dirimu
Sucikanlah hatimu
Ceriakanlah hidupmu
Sinarilah hayatmu
TANPA rokok..

Nama Kumpulan Dan Ahli Kumpulan

ICT CREW






-MUHAMMAD HAFIZ BIN AMRAN
-MUHAMMAD NOOR AZWAN BIN JAMA'AN
-MUHAMMAD NOR ASYRIQ BIN ZAMANI
-MUHAMMAD FARID BIN JOHAN
-MAIZATUL HAIZAD BIN MD NOH

we for"ever

Senarai Aktiviti Program NILAM

Program Iqra'
Membaca Bersama
Ceramah Buku
Pertandingan Membaca
Khemah Membaca
Pameran Buku
Teater Membaca


Masa Yang Disaran Untuk Program NILAM



Dimasukkan ke dalam jadual waktu, satu waktu dalam pengajaran bahasa
Masa khas - contohnya 10 minit sebelum waktu sekolah bermula dan waktu rehat
Waktu senggang
Waktu untuk aktiviti perpustakaan


Sumber Bahan Bacaan



Perpustakaan sekolah
Perpustakaan awam
Perpustakaan keluarga
Perpustakaan FELDA
Perpustakaan KEMAS
Perpustakaan Ibu Pejabat Polis Daerah
Sudut bacaan di masjid

Logo NILAM

Definasi Nilam

Definisi:

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.

a) Program NILAM ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah.

b) Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.

c) Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah pada 1999 dan penilaian pembacaan mereka diteruskan sehinggalah mereka tamat persekolahan

Lagu Nilam

Membaca dan belajar

Amalan hidup mulia

Jadikanlah panduan

Wawasan anda

Nilam program membaca

Memberikan semangat

Membaca dengan jaya

Budaya kita

Bina Tabiat membaca

Matlamat Nilam kita

Ganjaran yang diberi

tidak terhingga

Jadi rakan pembaca

Juga capai jauhari

Pembaca yang bestari

Anugerah diberi

c/o

Nilam Nilam

Anugerah Nilam

Menerangi jalan suram

Nilam Nilam

Anugerah Nilam

Idaman pembaca jaya

Membaca dan belajar

Amalan hidup mulia

Bina tabiat membaca

Matlamat Nilam kita

Dunia indah sekali

Pasti lebih berseri

Amalan membaca

Menjana minda bestari

(ulang Chorus)

Amalan membaca

Menjana minda bestari

NILAM